A Love Confession.

By Natiqah Mohammad - November 07, 2018


Credit: Mr. Google 😎


Assalammualaikum and Hi. 👋

Rasa macam dah lama gila tak update post kat blog. Currently memang busy sangat. Alhamdulillah I am now a Bachelor of Civil Engineering (Hons) Student. Tak sangka daku grad dengan jayanya untuk diploma. Sekarang ni...... It is a long long wayyyy to go. Goodluck girl!

Cewah title kali ini. Poyo sangat! Kekdahnya sebab aku ada gossip la nak cerita kat semua orang yang membaca ni. Kalau ada la. Bajet macam ramai je baca blog I ni. Fuhh. Ok la cerita dia macam ni. I confessed to my good friend that I like him. Tapi of course la kena reject uolls!!!

Hahahaha. Sebenarnya I tak ada niat nak confess pun. Tapi sebab pernah kena cabar la kalau I suka seseorang sampai habis diploma. I kena mengaku time Convocation Day. Tapi malangnya aku suka dia kejap je. Sebab nya dia blur teroks la. Macam mana aku boleh suka pun aku tak tahu.

Kalau certain orang akan cakap crush. But psychologically speaking, crush only lasted for 4 months. If more then it means that you are already in love. Tapi aku suka dia dah setahun la jugak. Sebabnya aku usya dia dari dua tahun sebelum.

Masatu tak kenal pun. Selalu nampak je. Tapi rezeki menemukan kami sebagai kawan. Eh akhirnya macam terputus di tengah jalan. Mungkin sebab salah aku? Suka dia? Aku tak ada la sampai love him forever till die. Sekadar suka dia. Entah. Tak ada sebab untuk itu. Kalau suka orang kita kena ada sebab ke? Aku rasa terima dia seadanya tu cukup dah kot? Hahahahaha kata kata dari orang yang tak pernah bercinta.

Ok ok. Alkisahnya begini. There was this one time aku borak dengan member aku pasal dia. Pastu kitorang macam fikir la cara nak buat dia tahu aku suka dia. Walaupun separuh hati aku dah moved on. Sebabnya, aku selalu gila obvious dengan dia yang aku ni suka dia. Tapi dia dengan perangai blur dia tu. Tak nampak langsung hint aku.

Sampai satu masa aku give up. Tapi lepastu aku teruskan jugak. Dan akhirnya aku betul betul give up. Tapi walaupun aku dah give up. Aku still nak bagitahu dia aku suka dia. Cuz you know. I am a straight person. I wanna life my life with no regrets at all. So this one day aku tukar bio Ig aku nama dia. I thought he wouldnt see it.

Entah macam mana dah seminggu baru dia perasan aku buat macam tu? Like???? Dia mestilah tak akan mungkin stalk aku. Rupanya kawan dia yang bagitahu. Tercetus satu isu di mana dia ada girlfriend rupanya. Aish macam mana mamat blur ni ada girlfriend? Aku tanya masa tu kata tak ada. Bersalah teroks aku masa tu. Yela I ada prinsip untuk tak kacau hak orang kot.

Dan lepas pada tu dia confront la pasal kitorang. Dia jujur tanya perasaan I pada dia. I mengaku jela. Lagipun itu memang plan asalnya. Eh tak sangka pulak plan tu sebenarnya membawa kesusahan pada dia. Aku nak buat apa lagi. I just put all the blame on me la. Memang aku salah pun. Padan muka. Patut aku ikut je dengan janji aku untuk confess time Convo nun.

Tak ada la awkward sangat pun. Kekdahnya benda dah pun jadi. Aku terima seadanya keputusan dia. Apa pun aku tak menyesal. Sekurang kurangnya ada la alasan untuk aku tak terhegeh hegeh nak tegur dia kan? Tak kira in relationship ke bestfriend ke, kalau kau sorang yang ada effort, benda tak akan jadi. It takes two to tango anyway. So I am good now.

Thankyou for being my friend. Thankyou and maaf sangat for everything. Itu jela kisah ringkas aku. Tak tahulah nak rasa apa. Sedih sebab silap percaturan. Marah sebab kemonla bro. Aku suka kau je pun. It is not like I planned on destroying your relationship. Happy sebab the burdens lifted. Kelakar jugak kerananya tak pernah daku terfikir akan experienced benda macam ni.


Ingat aku belum cukup dewasa untuk semua ni. Tapi all in all Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas ujian ni kerana buktinya aku mampu je nak settle bab hati perasaan ini semua. Well, when life gives you lemon, you gotta make lemonade out of it. Hehehehe sekian. 💋


Adios.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

COPYRIGHTS © (2021) SEMUA CORETAN DI DALAM BLOG INI HAK MILIK NATIQAH MOHAMMAD - ALL RIGHTS RESERVED ®