“Kalau ada jodoh awak salam tangan ayah saya masa akad nikah, kalau tak ada jodoh awak salam tangan suami saya jelah.” – Husna Airis
“Jodoh tu rahsia Allah, tapi kita sebagai manusia pun kena berusaha jugak, so saya akan pastikan you are the one.” – Aliff Kasran
Malam itu butik sudah hampir lengang.
Jam di pergelangan tangan Husna menunjukkan pukul 10.30
malam.
“Una, kalau dah tak ada apa-apa akak balik ya,” ujar Maria
sambil mengemas beg.
“Kesian pula dekat laki akak menunggu.”
“Tak apa kak, terima kasih sudi stayback teman saya
stocktake,” balas Husna dengan senyum yang tetap terjaga walau keletihan jelas
terasa.
Selepas Maria beredar, Husna mengunci pintu butik. Parkir
keretanya agak jauh malam itu. Silapnya kerana terlupa letak papan reserved.
Deretan kedai kebanyakannya sudah tutup, hanya sebuah kedai makan 24 jam di
hujung lorong masih bernyawa.
Hatinya tiba-tiba terasa tidak sedap.
Kunci kereta ditekan. Bunyi beep kedengaran.
Baru sahaja Husna hendak membuka pintu, satu tangan menahan.
“Kalau nak selamat, serahkan handbag.”
Degup jantung Husna melonjak. Dalam refleks panik, kakinya
memijak, siku dilayangkan—
dan dia hampir menyembur pepper spray apabila—
“Eh! Eh! Husna!”
Dia terpaku.
Kasran.
***
“Awak ni tak padan perempuan, ganas juga ya,” Kasran
mengerang sambil memegang perut.
“Siapa suruh buat perangai macam tu!” Husna bengang. “Kalau
saya tak perasan muka awak—”
“Sorry. Saya cuma nak pastikan awak selamat. Awak balik
lambat, Umi dan Ayah awak risau.”
Kata-kata itu membuatkan amarahnya reda sedikit.
Diam mereka penuh perkara yang tidak terucap.
Husna berpaling kearah lain sambil berpeluk tubuh. Masih kesal.
Ya, dia tahu silap dia kerana tidak memberitahu ibunya itu terlebih dahulu.
Battery flat. Nak buat macam mana?
Kasran tarik senyum. Wanita ini sentiasa mendapat tempat
dihatinya kerana perwatakannya. Tak pernah sekalipun terkeluar dari carta
hatinya.
Husna pula yang terkebil-kebil memandang lelaki di
hadapannya. Dah gila agaknya pakcik sorang ni. Senyum-senyum tengok aku ada apa.
Dahla senyuman dia tu manis gila. Ei, ada yang cair kejap lagi.
“Ehem-ehem. Awak senyum apa? Tak habis lagi? Perut okay
kan? Saya nak masuk dalam la, nak masak. Kalau tak malu, masuklah sekali.”
Husna bingkas bangun dari kerusi. Kasran memegang lengannya.
“Sorry?” Kasran ikut berdiri. Kemaafan dipinta sekali lagi.
Tahu memang itu silapnya.
“Ye la, apology accepted. Jangan buat lagi, kalau awak buat
lagi saya report kat Mama awak and tak nak cakap dengan awak langsung.” Husna
tayang muka selamba. Takkan nak senyum pula. Nanti nampak sangat yang dia cair.
Huhuhu.
“Uish ugut. Yela, saya cuma risau. Dan saya nak awak tahu,
itu mungkin jadi kalau awak kerap balik lambat. Saya sayang kawan saya ni.”
Tak. Saya sayang awak lebih dari kawan. Saya tak boleh bayangkan kalau apa-apa
jadi kat awak.
“Saya tahu. Terima kasih risaukan saya. Dahla, saya nak
masak ni, kesian Umi kat dapur sorang-sorang.” Senyuman paling manis
dihadiahkan buat Kasran.
Langkah kakinya dilajukan ke dalam rumah. Jantungnya
berdebar tak ingat. Risau jikalau Kasran nampak perlakuannya. Bukan boleh, ada
saja benda yang nak diusik. Sedar yang Kasran tidak mengikutnya dan sudah
pulang kerumahnya disebelah, dia terlompat-lompat seperti kera dapat pisang.
Gembira tak terkata. Walaupun Kasran kata sayang sebagai kawan, itupun sudah
cukup menggembirakannya.
Hasni yang pelik dengan kelakuan anaknya itu hanya
menggeleng-geleng kepala. Ada la yang Kasran buat sampai happy macam tu sekali.
Gaduh kuat macam mana pun, kejap je dah berbaik. Tak dinafikan Kasran memang
anak yang baik. Pandai memujuk. Hati tuanya tahu yang Kasran menyukai anak
perempuannya ini, malahan anaknya juga menyukai jejaka itu. Cuma yelah orang
muda zaman sekarang ni, ego masing-masing tinggi melangit. Mana nak mengaku.
Mungkin dia patut berjumpa dengan Alia jiran disebelah
untuk membincangkan perihal kedua anak bujang mereka.
***
Sebagai menebus kesalahannya minggu lepas, Kasran sudah
berjanji mahu membawa Husna keluar berjalan. Bunyi hon di hadapan rumah memecah
sunyi petang. Husna menyarung beg, menyalami Umi dan mencium pipinya sebelum
bergegas keluar.
Pintu Toyota Harrier dibuka, tubuhnya meluncur masuk.
“Ran, kita nak ke mana hari ni?”
Tiada jawapan.
Husna berpaling. Kasran masih memandangnya, senyuman
melekat di bibir seperti baru menang loteri. Tangan Husna dilayangkan di
hadapan muka lelaki itu.
“Eh, hidup lagi ke?”
Kasran tergelak kecil.
“Maaf. Awak cantik sangat hari ni. Lagipun kita matchy. Terpesona kejap.”
Husna terkedu, pipinya terasa panas. Jarang benar
Kasran memuji begitu. Dia menjeling pakaian sendiri — jeans biru, blaus putih
bercorak ungu, shawl putih. Kasran pula berbaju polo ungu, jeans biru dan topi
putih. Kemas. Serasi. Tak disengajakan, tapi terasa.
“Saya tahu saya handsome,” sambung Kasran bersahaja,
“tapi demi keselamatan, meh sini saya pakaikan seatbelt.”
Tanpa menunggu jawapan, dia condong ke sisi Husna. Jari
Kasran cekap menarik tali pinggang keledar. Jarak mereka terlalu dekat.
Terlalu.
Husna kaku, jantung berdegup tidak sekata.
Eh, bila pula aku duduk dekat macam ni? Kenapa dia
nampak… lain hari ni?
Kasran hanya tersenyum nipis sebelum kembali ke tempat
duduknya. Kereta bergerak.
Hari itu sengaja dirancang. Kasran mahu mengulang
kenangan lama — bukan kerana rindu masa silam, tapi kerana dia tahu Husna
selalu tenang bila segalanya terasa biasa.
***
“Seriuslah cerita tadi tu tak masuk akal langsung,”
Husna bersuara sebaik mereka keluar pawagam. “Tapi seram juga. Padan muka suami
dia.”
“Eleh, awak yang jerit paling kuat,” balas Kasran.
“Merah tangan saya ni.”
“Eh salah awak. Awak tegur masa Jwanita tu pegang
kapak. Siapa tak terkejut!”
Husna ketawa, menekup muka dengan telefonnya. Kasran
hanya menggeleng, senyum tidak lekang. Lama betul dia tak dengar Husna ketawa
sebebas itu.
“Jom makan,” kata Kasran. “Boat noodle. Ada pulut
mangga.”
Mata Husna terus bersinar.
“Serius?”
Kasran tahan senyum. Pantang dengar pulut mangga.
Tanpa sedar, Husna menarik lengan Kasran masuk ke dalam
lif.
“Cepatlah.”
Kasran mengikut, senyap-senyap menikmati detik itu.
Sampai ke kereta, Husna berhenti.
“Kenapa awak ikut saya?”
Kasran tunduk sedikit, nada suaranya rendah.
“Sebab awak pegang lengan saya dari tadi.”
Husna tersentak, pandang tangannya sendiri. Cepat-cepat
dia lepaskan.
“Ya Allah… bila masa pula—”
Kasran ketawa kecil.
“Tak apa. Saya tak ke mana.”
Husna berpaling, cuba menyembunyikan wajah yang semakin
merah.
***
“Sedap tak?” Kasran mencuri sedikit pulut mangga dari
pinggan Husna.
“Eii, tak malu.”
“Kan saya belanja.”
“Poyo betul.”
Kasran senyum.
“Kalau nak datang lagi, cakap. Awak bukan ingat tempat ni pun.”
“Siapa kata tak ingat?” Husna mendongak. “Dulu ni jalan
ke rumah sewa Awal kan? Awak selalu bawa saya makan area sini masa study.”
Kasran terdiam seketika.
“Ingat pun.”
“Cuma dulu sunyi. Sekarang dah berubah.”
“Macam kita,” balas Kasran perlahan. “Berubah, tapi tak
hilang.”
Husna mengangguk kecil.
“Awak rasa Awal ingat kita lagi tak?” soalnya.
“Insha’Allah. Selagi saya ingat dia.”
“Awak rindu dia?”
“Ada masa.” Kasran senyum. “Dia sahabat baik saya.”
Kasran pandang Husna.
“Awak ni kenapa? Beria tanya. Awak suka dia dulu ke?”
“Eh tak!” Husna cepat-cepat menafikan. “Saya tanya
sebab… awak selalu berkepit dengan dia.”
Kasran ketawa kecil, nostalgia singgah sekejap.
Suasana kembali tenang. Mereka makan tanpa tergesa.
Tiada janji, tiada pengakuan.
Hanya dua orang yang selesa diam bersama — seperti dulu, tapi dengan rasa yang
berbeza.
***
5 tahun sebelum.
Husna menggaru kepala. Kertas-kertas berselerak di atas
meja dipandang kosong. Minggu depan final design untuk subjek Fashion
Illustration perlu dihantar, tetapi satu pun idea tidak melekat di kepala.
Sandwich di tangan dikunyah tanpa rasa.
Come on, Husna. Think! Use your brain!
Kerusi di hadapannya ditarik tanpa salam, lalu
seseorang duduk.
Kening Husna terangkat.
“Assalammualaikum,” sapanya, nada kurang senang.
“Waalaikumusalam.”
“Awak ni kenapa? Ada masalah ke? Yang muram
semacam ni kenapa?” Soal Husna lagi. Aneh betul perlakuan mamat seorang ni.
“Husna, kalau saya ajak awak kahwin nak tak?”
Terbeliak biji mata Husna. Hampir tersembur sandwich yang
dikunyah. Gila ke apa mamat depan dia ni?
“Excuse me? Are you for real? Jap jap. Lemme check!”
Tangannya mula diletak pada dahi jejaka di hadapan dan kembali ke dahi sendiri.
Ok je. Nak kata demam panas tak pulak.
“Saya sihat jelah.” Balas jejaka itu malas.
“Ok then, lemme ask. Encik ni betul ke Amirul Awal? Sebab
last time saya jumpa dia, masih sihat walafiat. Belum mereng lagi.”
“Husna, saya serius.”
“Saya pun serius. Apa kes tiba-tiba ajak kahwin? Saya
ni student lagi.”
“Sorry tengah kusut
jap. Mak saya kat kampung nak tunangkan saya dengan anak kawan dia. Lepas habis
belajar, saya mungkin akan kahwin.”
Husna terngaga. Biar betik? Tudia dah macam drama bersiri.
Kahwin paksa.
“Err okay so sekarang ni awak tak nak kahwin paksa la kononnya?”
“Nak cakap terpaksa sangat tu tak lah juga. Saya kenal
perempuan tu. Cukup serba serbi. Tapi saya nak tanya awak dulu.”
“Lah? Apa pulak kaitan dengan saya ni?”
“Awak ada perasaan dengan saya tak?”
Husna menggeleng tanpa ragu.
Awal senyum nipis.
“Jadi saya syok sendiri selama ni.”
“Hah?”
“Saya suka awak.”
Husna terdiam. Awal hanyalah kawan — kenalan melalui
Kasran, teman belajar di PTAR, itu sahaja.
“Saya tak tahu bila,” sambung Awal. “Mungkin bila kita
selalu study sama-sama. Tapi tak penting. Saya cuma tak nak menyesal sebab tak
cakap.”
Husna menelan liur.
“Awal… mungkin sikap saya buat awak salah faham. Terima kasih, tapi saya anggap
awak kawan. Saya nak fokus belajar.”
Awal mengangguk, tenang.
“Terima kasih sebab jujur. Doakan saya kuat ya?”
“InsyaAllah.”
Tidak lama kemudian dia meminta izin untuk mengundur diri.
Dan itu kali terakhir Husna berjumpa Awal.
***
“Okay, ini destinasi last kita harini. Nasib baik ada
parking spot. Ramai sangat.”
“Dekat sini selalu penuh,” kata Husna. “Kita nak buat
apa?”
Kasran senyum senget.
“Last time saya ingat tempat ni taman rekreasi, bukan mall.”
“Ish, awak ni.”
Kasran ketawa.
“Jom, ikut je.”
Tangan Husna ditarik perlahan. “Dekat sikit. Nanti
sesat. Awak dengan budak-budak ni tak ada beza pun. Nanti susah nak
cari.”
“Awak ni nak cakap saya pendek ke?”
“Saya cakap perangai. Umur 28 tapi perangai lapan.”
Husna berhenti.
“Okay, lepas. Saya main sorang.”
Kasran cepat-cepat berpatah balik.
“Eh jangan. Gurau je.”
Dia menarik Husna ke satu kawasan lapang.
“Ha. Layang-layang.”
Husna terpinga.
“Oh… okay.”
Tak lama kemudian, layang-layang mereka terbang tinggi.
Semakin tinggi, semakin cerah senyuman Husna. Hypothesis accepted!
Kasran perasan itu.
Sedang asyik mereka bermain. Tiba-tiba….
“Mamaaaaaa……” Seorang kanak-kanak memeluk kaki Husna sambil menangis.
Husna cepat-cepat mendukungnya.
“Adik, kenapa nangis ni? Kakak bukan Mama adik la. Mana
Mama adik?” Husna bertanya. Kasran mendekat. Tudia Kakak!
“Hi sayang. Nama siapa? Uncle dengan Aunty cari Mama ye?”
Husna jeling. Siap ditekan lagi perkataan Aunty tu. Heh, dasar!
“Nama Husna…” jawab si kecil. Husna terkejut.
Omg Husna junior!
“I think I know why she chose you. Husna senior!” Kasran
tergelak.
“It’s not funny. Jom cari mak budak ni. Eh jap
layang-layang ni?” Kasran terus menggeleng kepala dan senyum. Tali layang-layang
digulung. Mereka meneruskan pencarian.
Mata mereka masih lagi melihat sekeliling andai ternampak
seorang perempuan yang mencari anaknya. Tetapi masih tidak kelihatan. Husna
bergerak kearah lain mana tahu dia boleh melihat dengan lebih jelas.
“No, don’t walk alone,” kata Kasran sambil menggenggam
tangan Husna. “Nanti awak pula sesat.”
Beberapa minit kemudian, seorang wanita berlari ke arah
mereka.
“Husna!”
Tangisan lega bergema.
“Terima kasih,” kata wanita itu berulang kali. “If
you and your husband tak jumpa anak I tadi serious I cakap I memang boleh gila.”
“Tak apa puan,” jawab Kasran tenang.
“Alright Husna, Kakak and Uncle balik dulu ya? Jangan main
jauh-jauh lagi. Promise?
“Promise Kakak!” Pipi Husna junior dicium. Senyum sinis
ditayang pada Kasran. Well saya memang muda.
Sebelum beredar, Kasran menyerahkan layang-layangnya kepada
Husna junior.
Sambil beriringan ke kereta Kasran pandang Husna dengan
sengihan melebar.
"Awak kenapa? Dah mereng?" Soal Husna pelik.
“Akak tadi ingat awak isteri saya.”
Husna muncung.
“Saya tahu saya tak layak.”
Kasran berhenti berjalan.
“Bila masa pula saya cakap begitu?”
“Entahlah.”
Kasran senyum, lembut.
“Manalah tahu kita berjodoh.” Kasran saja pancing Husna. Nak tengok
reaksi gadis di sebelahnya.
"Alah, apa susah Encik Aliff Kasran oi? Kalau ada
jodoh awak salam tangan ayah saya masa akad nikah, kalau tak ada jodoh awak
salam tangan suami saya jelah." Husna tarik senyum mengejek. Nak
pancinglah tu? Ingat kita ni tak pandai ke nak play hard to get?
Langkah Kasran terhenti beberapa tapak dari parkir kereta
mereka. Amboi. Kenakan aku balik nampak?
Aik? Husna turut berhenti saat kelibat Kasran hilang dari
sisi. Kepala ditoleh kebelakang melihat jejaka yang senyum memandang dia.
Apahal pulak? Nak balik ke tak ni?
"Tak apa Husna Airis. We'll see. Jodoh tu rahsia
Allah, tapi kita sebagai manusia pun kena berusaha jugak, so saya akan pastikan
you are the one."
Balas Kasran sambil menekan punat unlocked dan terus masuk
ke bahagian pemandu dengan senyuman.
Husna? Sudah tentu muka memerah dengan hati gembira tak
terkata. Betul ke ini jodoh dia? Dia pun tak pasti. Yang pasti dia langsung tak
boleh nak sembunyi senyum. Parah!
p/s: Akanku sambung bila berkesempatan! Hihi.

0 comments