Buka Lembaran Baru.

By Natiqah Mohammad - June 28, 2017





Hi semua. Kembali daku ber-blogging after years of disappearing. Post lama juga sudah di-delete dengan alasan nak buka lembaran baru. Ceh! Rasanya 7 tahun lepas pun aku buat benda sama juga. Kembali blogging dengan alasan, boring duduk rumah. Sementara nak tunggu aku sambung study ni elok lah aku mengisi masa lapang dengan menulis. Alah, bakat terpendam ni kan. Hehehehehe.

Dulu dulu aku guna nama samaran je. Sekarang aku guna jelah nama sendiri. Orang bukan kenal aku siapa pun. Yelah, selama 10 tahun aku ber-blogging (on-off) pun tak ada siapa yang kisah. Jadinya aku buat blog ni sebagai diari harian aku je lah. Yelah kalau kat uni dulu, kalau nak type dekat word, roomate aku ingat aku dok memanjang buat assignment. Malas pulak aku nak explain.

Nasib ada apps blogger bolehla aku guna handphone je. Tapi tulah handphone aku tu kecil molek je. Tak puas pulak aku nak type. Jadinya, kembali la ke zaman dulu dulu duduk berejam depan laptop meleuahkan segala rasa. Dulu orang tak kenal kita makanya cakap pasal siapa pun orang tak tahu. Ini letak nama sendiri pun bukannya orang tahu juga.

Kalau siapa yang masih menjadi pengikut setia blog ni mesti tahu la aku dulu suka post benda benda hitam. Bukanlah gambar hitam ke apa. Maksud aku, mesti pasal dark thoughts, pasal sejarah silam. Alah, lupakan jelah segala benda tu. Aku pun kecil lagi zaman remaja. Tak tahu sangat. Bak kata orang budak budak baru nak up. Sekarang ni aku nak share benda penting je.

Tulisan tulisan aku tu pun aku akan tetap share. Segala mak nenek puisi tu pun aku akan teruskan. Tu memang hobi aku dari kecil pun. Entahlah tak tahu ikut perangai siapa. Dulu zaman sejolah niatnya nak masuk kelas sastera. Tapi sekolah aku tak ada pulak. Sudahnya masuk kelas sains tulen. Dapat tawaran sambung belajar, bukannya aku jadi doktor pun. Sekarang ni jadi jurutera binaan pulak. Nak sambung belajar ni pun, nak jadi pensyarah pulak. Entah la. Aku pun tak faham dengan diri sendiri.

Apa pun, buat pengikut setia, terima kasih kerana tak unfollow. Entah entah jadi pengikut setia tapi diorang pun dah tak ingat kewujudan blog ni. Entah entah diorang pun dah lupa username dengan password sendiri. Hahahahaha.

By the way. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Dah raya keempat dah pun tapi tak apa. Semoga raya tahun ini memberi semangat baru dalam hidup kita semua.

#kosongkosong #ikhlasdarihati

Adios! 👄

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

COPYRIGHTS © (2021) SEMUA CORETAN DI DALAM BLOG INI HAK MILIK NATIQAH MOHAMMAD - ALL RIGHTS RESERVED ®