Kenangan Beraya

By Natiqah Mohammad - June 30, 2017





Hi. Harini nak cerita sikit la pasal kenangan zaman zaman sekolah masa raya. Out of nowhere tiba tiba je rasa rindu masa dulu dulu. Ini pasal pergi beraya dengan kawan kawan la ni. Maklum lah semua dah besar, dah sibuk, susah nak jumpa. Tapi yang sempat jumpa tulah yang masih dekat dihati. Ingat lagi dulu bonceng motor ramai ramai konvoi pergi raya masa tingkatan 3. Tak ada lesen lagi masa tu. Nak beraya punya pasal, sanggup aje kami redah.

Dulu duduk kampung tak hairan sangat lah nak kena tahan dengan jpj ke pak polisi ke, In fact, kalau terserempak pun tak adanya kena tahan pun. Tahu la musim beraya kat dalam kampung aje pun. Tapi tulah, takut jugak. Dalam pada takut takut tu masih jugak nak beraya, tapi lalu dalam aje. Tak lalu jalan besar, tak adalah jahat sangat ye tak? Hahahahaha.

Dah 5 tahun berlalu dah. Semua dah besar. Sekarang beraya naik kereta jela sebab masing masing pun dah ada lesen dah ada kereta. Kalau tahun sebelum sebelum ni raya mesti meriah gila dengan kawan kawan ada la dalam 30-40 orang. Tahun ni dalam sejarah beraya berempat je. Atas faktor kekangan waktu dan availability kawan kawan sendiri.

Yela, kalau yang masih belajar tu, kena la balik uni cepat cepat sebab naik raya je terus exam. Mana yang kerja tu pulak tak dapat cuti ataupun dah naik cuti. Yang tengah cuti sem pulak masih sibuk beraya dengan family. Jadinya, kami berempat yang free ni ajelah yang masih sudi beraya merapatkan silaturrahim. Boleh dikatakan sahabat yang paling dekat la.

Tapi apa pun, aku bersyukur masih dapat lagi beraya jumpa dengan kawan kawan. Walaupun tak selalu berhubung, masing masing tahu, yang persahabatan tu ada dan kukuh dalam diri masing masing. Yela, tak kan nak tayang kat orang friendship goals tu kan. Cukuplah kami sahaja yang tahu betapa besarnya nilai persahabatan kami. Tak dapat ditukar ganti. Cewah! Tahu dek budak budak ni aku berkarang macam ni, mahu kena gelak sakan. Iye la, si hati kering ni nak berucap panjang pasal nilai persahabatan pulak. Dah kenapa kan? Hahahahaha.

Nin, Tiq, Qil
(Virgo Girlsss)

Ok yang ni out of picture pon. Abang photographer i je ni.
(Abang Luq)

So, basically memang kitorang berempat je pun pergi beraya dengan Luq sebagai driver. Ops, jangan gatal ye. Dah berpunya. Tapi bukan saya punya alhamdulillah. Hahahahaha. Nampak tak aku sorang je yang berlainan warna kat situ. Malam sebelum tu memang dah plan nak pakai baju raya warna biru. Tapi sebab aku tak rasa nak buat rombongan cik kiah atau marhaban. Makanya aku pakai lah baju raya first day tahun ni. Siapa team hijau raya tahun ni? Yeay kita geng heheheh.

Banyak gila kenangan dengan diorang. Luq dah obviously lah membesar sama dari zaman sekolah rendah lagi. Dulu selenga je tau. Sekarang banyak aweks. Nin pulak kenal masa form 3, tapi dah kenal dari form 1 secara unofficial sebab yela athlete zaman sekolah dulu. Sama sama berentap untuk rumah sukan. Alih alih sekelas masa form 3, dan terus jadi bestfriend sampai sekarang.

Dengan nin ni dulu macam belangkas. Tapi kuat gaduh jugak. Gaduh gaduh pun gelak balik. Sampai kawan kawan kelas pun tegur "Aku jealous betul korang ni. Gaduh gaduh pun kejap lagi boleh gelak sama sama balik. Tak faham betul." Macam tu la bunyi dia. Nak buat macam mana, lahir selang sehari. Dua dua anak bongsu pulaktu. Cuma aku matang sikit. Dan aku tua sehari. Hahahaha. Tapi dengan nin ni senang aje aku nak masuk. Yelah dua dua pun jenis gila gila suka merempit. Memang ngam la!

Qil atau sebenarnya qila ni. Kenal dan rapat sejak tingkatan 4. Tapi makin rapat selepas satu insiden yang sungguh kelakar juga tragis masa form 5. Nak dijadikan cerita masa tu nak sambut raya dekat sekolah. Al kisah, bawak camera tapi tertinggal battery. Memandangkan awal lagi masa tu, aku pulak bawak motor dan qil merupakan pengawas. Aku bawak dia balik rumah aku (dekat je) sebab dia sanggup teman aku. Dalam otw nak masuk simpang kampung tu, entah macam mana aku nak mengelak sorang pakcik ni bawak motor yang slow gila dan terbrek dekat kawasan berpasir, terus bam gedebuk jatuh kat jalan raya.

Bayangkan la aku yang kecil molek ni jatuh sempat berkhayal jap, patu cecepat diri sebab takut lambat. Tak sedar kaki member tersepit bawah motor. Nasib baik masa tu ada seorang abang ni tolong. Berdesup jugak jantung tapi entah macam dah tingtong gitu, angkat motor start balik terus balik rumah. Lepas balik rumah baru lah member tu bagi tahu dia punya kain koyak dengan kaki luka. Dah aku punya serba salah tu ya Allah tuhan je yang tahu macam mana.

Terpaksa la member tu tahan sampai balik sekolah nak pergi klinik. Dalam nak ke klinik tu singgah la kejap rumah cicid (member baik) nak bagitahu la pasal kaki dia ni. Sudahnya hujan, tak jadi ke klinik. Cicid yang ubatkan luka semua. Hantar qil balik rumah dengan bekalkan segala macam ubat. Maklum la cicid tu ada ciri ciri seorang doktor berjaya. Rumah dia berlambak je ubat first aid tu ha. Balik rumah, hantar qil tu punya takut mak ayah dia marah.

Rupanya dia tak bagitahu langsung pasal kejadian tu kat mak ayah dia, sampai la dia dah sembuh sepenuhnya. Dia cakapla dia kena bebel sikit. Dalam hati aku ni cuak la jugak kot kot mak ayah dia cari aku ke. Maklumla dua dua cikgu. Ayah dia pengetua, mak dia pulak cikgu biasa. Cuak tak cuak la jugak. Beraya haritu, dia bagitahu la parut kekal. Sebab tak pergi klinik. Aku rasa kalau dia pergi klinik mesti kena jahit tu. Sampai sekarang tu la pengalaman raya paling aku ingat masa zaman sekolah.

Tapi aku bersyukur, dia masih baik dengan aku masih nak berkawan walaupun aku dah cipta satu peristiwa pahit dalam hidup dia. Yela, qila ni dahla manis aje orangnya. Sopan santun, cantik, tak pasal dapat parut brutal. Tapi dia ada la jugak bagitahu kat aku "Takpe ini kenangan. Nanti kalau dah kahwin ada cucu kalau diorang tanya kenapa, bolehla aku buka cerita zaman silam aku. Ada la modal aku nak bercerita zaman kegemilangan. Hahahahaha." Aku pun gelak la jugak. Manis manis qila ni jangan tak tahu, dia pun brutal jugak. Tapi itu la yang buat dia ni special.

Jadinya itu sahajalah pengalaman aku masa raya. Pengalaman korang macam mana pulak?

P/s: Aku nampak kecil kan dalam gambar tu. Mana tak nya, tinggi sis ni 145 cm dengan berat 36 kg je. Huhuhu.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

COPYRIGHTS © (2021) SEMUA CORETAN DI DALAM BLOG INI HAK MILIK NATIQAH MOHAMMAD - ALL RIGHTS RESERVED ®